Saturday, November 28, 2009

Merseyside Derby


( Gambar dari LFC TV tanpa kebenaran )
Ahad 29-11-09 , 0830pm.

Semangat The Kop sudah pulihkah ? Kedua - dua pasukan berada pada prestasi terburuk tetapi perlawanan derby tidak seperti perlawanan yang lain. Adakah Alberto Aquilani akan keluar dari bangku simpanan pada perlawanan Ahad ini selepas diturunkan sebagai pemain gantian ketika perlawanan dengan Birmingham pada minggu lepas.

Budak bawah 20 Perancis David Ngog aku lihat begitu bagus mengawal bola dan perebutan bola di udara tetapi perlu belajaq lebih banyak untuk berada diposisi yang tepat ketika menyerang serta tajamkan penyudah, perlu diturunkan untuk perlawanan Ahad ini bagi berhadapan pertahanan yang lebih dewasa.

Toffes minggu ini lebih banyak bertahan dan Liverpool lebih banyak menggunakan Glen Johnson ketika menyerang. Jika Liverpool mampu menjaringkan gol awal minggu ini kedudukan selepas perlawanan 3-0.

YNWA

Raya Korban 9 Zulhijah 1430

Selepas menyambut Aidul Fitri pada 1 Syawal 1430 yang lepas di Perlis kali ini aku berhari raya Korban di Melaka plak kerna kehabisan cuti tahun. Di Melaka Aidul Aldha tak terasa apa pon. Oleh kerana aku kerja malam pada sebelah pagi dapatlah menunaikan sunat raya aidul aldha.

Tahun ni tak dapat la nak pekena sup gearbox dengan perut lilit bakaq kat kampung yang sungguh lazat tu mmmm. Jika ada lebih rezeki pada aidul aldha tahun depan aku nak ambik 2 tompok ( bahagian ) tahun ni 1 tompok rm350 tahun depan taktau berapa harga. Dan sesama lah doa kepada semua jemaah haji yang sedang menunai rukun kelima di tanah haram selamat menunaikannya dan mendapat haji makrur.

Thursday, November 19, 2009

Tutorial : Bagaimana Mengaktifkan Wallpaper plugin dalam CCSM


Desktop Cube


Cylinder


Sphere



Untuk mempunyai desktop seperti diatas, pergi ke CCSM ( CompizConfig Setting Manager ) kemudian aktifkan Kiub 3D dan Kiub putaran. Langkah seterusnya lihat plugin kertas dindingb ( Wallpaper ) aktifkan kemudian tentukan kertas dinding kesukaan anda diruangan latar belakang. Lihat gambar dibawah.


Masuk ke terminal taip gconf-editor kemudian ke apps > nautilus > preferences > show_desktop kosongkan ruangan disebelah kanan. Siap

http://ubuntuforums.org/showthread.php?t=600909

Monday, November 16, 2009

Cd Karmic Koala Sudah Sampey







Bungkusan yang ditunggu - tunggu daripada Canonical Limeted sudah tiba pagi tadi. Buat masa sekarang aku tidak akan upgrade ke Karmic Koala kerana aku akan upgrade apabila Ubuntu 10.04 LTS Lucid Lynx dikeluarkan pada 29-04-2010. Selepas ini aku hanya menggunakan Ubuntu LTS sahaja.

Jamuan makan syarikat

waa.. berapa harga haa..


Beriani and satey

2 keping gambaq kat company dinner kat Seri Negeri , Melaka pada 11 - 11 09 yang lepas.

Friday, November 13, 2009

Bagaimana : Memasang Cairo-Dock

Cairo-Dock adalah perisian bebas dibawah lesen GNU-GPL3 dan antara aplikasi popular yang digunakan oleh pengguna Linux diserata dunia. Ia dicipta oleh seorang warga Perancis yang bernama Fabaonet. Walaupun terdapat aplikasi yang lain seperti Kiba-Dock dan AWN ( Avant-Window-Navigator ) saya lebih menyukai Cairo-Dock kerana ia lebih CUN. Sila ikuti langkah tutorial ini jika berminat untuk memasangnya.

Fedora 9, 10, 11
Pertama sekali kat terminal
Langkah 1:
su -
Sila tambah di dalam repo
Langkah 2:
rpm -ivh http://download1.rpmfusion.org/free/fedora/rpmfusion-free-release-stable.noarch.rpm
Pasang Cairo-dock
Langkah 3:
yum install cairo-dock\*

Ubuntu
Pertama sekali kat terminal
Langkah 1:
sudo gedit /etc/apt/sources.list
Untuk pengguna Ubuntu 8.04((hardy), 8.10(intrepid), 9.04 (jaunty), 9.10 (karmic) sila tambah di dalam repo.
Langkah 2:
deb http://repository.cairo-dock.org/ubuntu hardy cairo-dock
deb http://repository.cairo-dock.org/ubuntu intrepid cairo-dock
deb http://repository.cairo-dock.org/ubuntu jaunty cairo-dock
deb http://repository.cairo-dock.org/ubuntu karmic cairo-dock
Kemudian ke terminal untuk tambah kunci GPG dengan menggunakan arahan:
Langkah 3:
wget -q http://repository.cairo-dock.org/cairo-dock.gpg -O- | sudo apt-key add -
Kemaskini sumber dan memasang Cairo-Dock dengan menggunakan arahan:
Langkah 4:
sudo apt-get update
sudo apt-get install cairo-dock cairo-dock-plug-ins

Screenshot Cairo-Dock


Elementery_Dragonfly


MacOSX


Glattering


Elementery


Alu

Bagaimana : Muat turun video Youtube di dalam UbuntuLinux

Ramai yang suka menonton video dari laman web Youtube, tetapi tahukah cara untuk muat turun video kesukaan anda dari laman video tersebut. Sekarang dengan cara paling senang sekali ikut cara berikut.

Langkah 1 :
Cari video yang anda ingin muat turun dan mainkan sehingga tamat.

Langkah 2 :
Pergi ke filesystem Ubuntulinux anda dan buka direktori /tmp anda akan dapati fail Flash didalam direktori tersebut. ( Pastikan pelayar web anda tidak ditutup ketika proses ini kerana setengah pelayar web akan memadamkan Flash tersebut jika ditutup.)

Langkah 3 :
Keluarkan fail Flash tersebut dan letak dimana anda suka