Fedora 16 sudah dilepaskan pada 08 November 2011 lalu yang diberi nama Jules Verne sempena nama pelopor novel jenis sains fikysen berbangsa Perancis Jules Gabriel Verne. 20,000 Leagues Under Sea hasil karya Jules Verne yang diterbitkan pada 1870 dijadikan tema desktop fedora 16 gnome 3.2 .Dan aku masih lagi cuba menyesuaikan diri untuk menggunakan desktop gnome 3 yang baru ini.
3rdFrom9
Thursday, December 29, 2011
Friday, November 18, 2011
Baru dok belek ja
Belum sempat lagik aku nak tengok - tengok, daripada apa yang aku dok belek - belek macam menarik jugak.
Tuesday, November 1, 2011
Hobi baru buang masa aku
Salah sebahagian koleksi aku untuk tahun 2011, rasanya mungkin ada lagi. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain mungkin depa banyak lagi daripada aku.
Monday, September 5, 2011
Kasut Rayaaaaaaaaaaaaaaa
Bila masa yang sesuai nak sarung ini kasut tak kan nak berdebu di dalam kotak, lupa seluaq pon tak dan beli.
Memasang OSX Snow Leopard didalam Thinkpad T400
Barang - Barang yang diperlukan untuk menyiapkan sajian ini ialah :
1 ) Sekeping DVD Retail Snow Leopard ( untuk mendapatkannya sila guna Google ).
2 ) Sekeping CD yang telah dibakar atau thumbdrive dengan ModCD.iso Nawcom boleh download di http://blog.nawcom.com/?p=446 atauhttp://www.multiupload.com/ZWHBV3QIG0.
3 ) Rokok ( kalau anda seorang perokok ).
4 ) 1 mug kopi atau nescafe ( kalau anda penagih kaffein ).
5 ) Sifat marah, sabar dan sakit hati ( kalau orang lain boleh buat pasai pa hangpa tak boleh buat ).
Sebelum untuk menlakukan proses memasang Snow Leopard pastikan PCH SATA Control Mode dan Onboard SATA/IDE Ctrl Mode didalam BIOS ditukarkan kepada ACHI.
Masukan cd ModCD.iso atau thumbdrive ModCd.iso dan ON kan komputer anda.
Selepas keluar paparan diatas keluarkan cd ModCD.iso atau thumbdrive ModCD.iso kemudian masukan DVD Retail Snow Leopard dan tekan F5.
Selepas anda F5 akan keluar paparan diatas kemudian tekan ENTER/MASUK.
Pilih bahasa yang anda faham selepas melihat paparan ini dan klik pada utility dibahagian atas panel antaramuka untuk format HDD.
Jika anda belum menyediakan partition untuk menlakukan proses memasang Snow Leopard anda boleh format HDD anda disini tetapi aku menyarankan korang format menggunakan GParted.
Sediakan 1 partition untuk Snow Leopard anda dalam format Mac OS Extended (Journaled).
Partition untuk memasang Snow Leopard yang telah siap diformat dan keluar dari bahagian ini.
Tekan Continue untuk meneruskan proses memasang Snow Leopard.
Tekan Agree untuk proses seterusnya.
Klik pada partition yang hendak dipasang dengan Snow Leopard dan tekan Install.
Tunggu sehingga keluar arahan Restart , keluarkan DVD Retail Snow Leopard dan masukan semula cd ModCD.iso. Selepas boot dengan cd ModCD.iso pilih dan MASUK/ENTER pada nama partition yang telah dipasang dengan Snow Leopard .
Selepas memasukkan nama dan kata laluan untuk akaun root , klik pada About This Mac atau System Preference untuk melihat mana-mana hardware yang tidak menyokong atau berfungsi didalam Snow leopard anda.
Saturday, May 28, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)