Monday, October 26, 2009

Tahniahh....





Tahniah kepada Elly ( moto no. 28 Aprilia) dan Fahmi ( moto no. 23 Yamaha ) kerana berjaya menamatkan perlumbaan Grand Prix Malaysia di Sepang . Elly memulakan perlumbaan di petak ke 20 dan menamatkan perlumbaan di tangga ke 16. Dan hampir-hampir berjaya memungut 1 mata jika menduduki tangga ke 15 pada kemunculan pertama pada race tersebut. Fahmi bermula pada petak ke 30 dan menamatkan perlumbaan pada petak ke 20.

Elly mengunakan Aprilia yang dipinjam dari Ongetta Team I.S.P.A dah tentu spec tak sama dengan moto first rider depa. Fahmi menggunakan Yamaha TZ125 tahun bila punya moto pon tak tau ( jumpa kat kedai potong ) team yang mengunakan moto jepun tinggai 2 team saja. Kategori 125cc moto jepun tak laju semua dok belakang tetapi Fahmi membuktikan rider dari Malaysia boleh fight dengan dari Europe yang dah start training dari dalam buaian lagik.

Gambaq di ambil daripada blog.airasia.com tanpa kebenaran. Tahun depan harap Team AirAsia ni ada lagik, boleh la mat rempit Malaysia dapat peluang perkerjaan sebagai rider moto dengan team-team dari Italy atau Spain. Filipina mengeksport rakyatnya menjadi pembantu rumah di negara teluk dan Brazil manghantar rakyatnya ke pelusuk dunia untuk bermain bola sepak. Malaysia hantaq Mat Rempit laaaaaa.

No comments: