Sunday, November 7, 2010

Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat

Langkah 1 : Muatturun imej iso Ubuntu 10.10 dari http://www.ubuntu.com/desktop/get-ubuntu/download, dan boot dari CD atau USB.


Langkah 2 : Klik pada bahasa kemudian boleh memilih untuk mencuba atau pemasangan Ubuntu dan klik kehadapan untuk langkah seterusnya. Aku pilih mencuba Ubuntu.

Langkah 3 : Pra pemasangan anda terus klik kehapan atau boleh memilih untuk tik muattturun kemaskini sementara pemasangan jika mempunyai capaian internet yang laju.

Langkah 3 : Proses pemasangan bermula memilih partition untuk Ubuntu, anda boleh klik pada
memadam dan menggunakan keseluruhan cakera atau menentukan partition manual ( advanced ). Aku pilih advanced.

Langkah 4 : Pilih partition kosong di dalam cakera keras komputer anda. Sda cakera keras pertama dan Sdb cakera keras kedua, aku memilih untuk memasang Ubuntu di dalam Sda8.

Langkah 5 : Pilih zone masa.

Langkah 6 : Mengubah susunan padan kekunci, jika perlu.

Langkah 7 : Masukan nama anda dan kata laluan, klik butang kehadapan.

Langkah 8 : Tengok sahaja proses pemasangan Ubuntu 10.10 ke dalam cakera keras, mengambil masa beberapa minit mengikut kelajuan komputer anda.
langkah 9
Langkah 9 : Pemasangan Ubuntu 10.10 ke dalam cakera keras sudah selasai, klik pada mula semula. Anda sudah boleh bermain Ubuntu 10.10 selepas ini.

p/s : Jika anda tidak faham bahasa Malaysia aku, anda boleh layari tutorial di dalam bahasa inggeris http://www.howtoforge.com/the-perfect-desktop-ubuntu-10.10-maverick-meerkat
terimakasih kepada Falko Timme dan www.howtoforge.com

No comments: